Thursday, July 18, 2013

Persiapan Kawen

Salam,

Pening kepala pikir pasal persiapan nak kawen ni...heishhh!!kalau la cik nora kaya kan memang dah lama dah cik nora upah wedding planner tau.tu kalau cik nora kaya la kan..masalahnye skrg ni cik nora cukup makan pakai je.huhu..bersyukur je la kan.

Hari hari cik nora tanye pakcik google tau..tanye pasal cara cara nak gubah hantaran sendiri la..nak DIY bunga tisu la..nak DIY bunga telur tisu la..nak buat macam2 la.punyela nak berjimat kan.tapinye cik nora ni bukan la kreatif pun..tangan keras kot.haha..mane reti mende2 seni semua ni.aahhhhhhh...stresss!!!cik nora memang nak buat sendiri cuma cik nora risau cik nora tak mampu je nak buat semua tu.huhu..sebab kalau cik nora beli yg dah siap sure mahal semuanye.

Hantaran
Cik nora ade google contoh hantaran yg simple2 kan..tetibe cik nora mcm berkenan pulak hantaran yg digubah dlm pinggan.haa,pinggan tu nanti boleh diguna semula kan.kan jimat tu.meh kite tengok contoh hantarannye..

nice.. ;)

simple and sweet..kan?
Bunga Telur
Cik nora minat tengok bunga telur yang dibuat drpd kertas tisu..sangat trend skrg ni tau.tu yg cik nora nak buat tu.meh tengok contoh bunga telur tisu..


cantik kan?

Cik nora tak tau la angan angan ni jadi kenyataan ke tidak.huhu..maybe cik nora kena try test buat dulu kot.yeke??we'll see.. ;p

Wassalam.
-cik nora-

Monday, July 15, 2013

Sharing is Caring

Salam,

Just wanna share this quote..

"if you are looking for a husband,find someone that can cheer you up when you are down,who knows what to say and do when you are not..you know..in the right state of mind"..

this quote is from Maria Elena's blog.true enough kan?;)


Wassalm.
-cik nora-

Salam Ramadhan Al Mubarak 1434H

Salam,

Walaupun dah nak masuk 6 hari kita berpuase tapi rasenye belum terlambat lagi kot nak wish selamat berpuasa.semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua.perbanyakkan amalan,kurangkan perkara perkara yang tak elok.ni nasihat utk diri sendiri sebenarnye.huhuhu

Btw,this is my last ramadhan as a single lady..chewah!haha..InsyaAllah next year akan berpuasa berdua.;)

Last but not least..Selamat Berpuasa!

Wassalam,
-cik nora-

Monday, July 8, 2013

Wedding Preparation

Salam..

Happy 1st month Engagement Annivesary to us!!*smile*

Ini bermakna tinggal lagi 4 bulan untuk majlis perkahwinan kami.Masa terlalu singkat.Persiapan sedang dijalankan.We are getting nervous but at the same time we are excited..haha.

Just nak update sikit ape yang we all dah confirm for our wedding;

1-Date: 9 November 2013(Nikah & Resepsi)

2-Theme:Blue+Pink

3-Pelamin(Butik Pengantin UltraCentre)


Ini adalah design pelamin yg we all pilih..simple and sweet ;)
4-Wedding Outfits(Butik Pengantin UltraCentre)


We choose this color as our wedding outfits..i really love it!
5-Kad Kahwin(To be confirmed)





Combination of design for our wedding card

Alhamdulillah,so far so good.Bulan Ramadhan ni kite berehat la kejap.Lepas tu baru sambung buat persiapan.Harap harap duit pun cukup la.huhu..
Selamat Berpuasa! :)


Wassalam,
-cik nora-

Monday, June 17, 2013

Salam.

Lama sangat dah tak update blog ni..maklum la sibuk sikit.sibuk dengan majlis..dah abis majlis sibuk plak dengan kursus.huhu..

Nothing to be update just one sweet thing to tell that im engaged!Alhamdulillah. :) tapi tak dapat nak letak gambar kat sini.huhu..letak gambar kawen je la nanti eh.

Last saturday,pegi Jakel dengan Kak Faeeza and my bbf my adik ipar and merangkap our wedding planner..hahaha.beli kain utk majlis akad nikah.mula2 pilih warna dusty pink at last beli warna light peach.tak kesah la yang penting cantik dan inchik tunang pun suka.hihi..

Tapi tapi tapi...masalah paling besar sekarang ialah tarikh kawen.heishhh pening kepala sampai stress sampai nangis nangis nak pilih tarikh kawen.pelik betul kenapa abah nak jugak pilih 9/11 tu.macam tak boleh nak bertolak ansur plak.tak kesah je nk pilih tarikh tu tapi inchik tunang tak boleh cuti.cuti telah dibekukan dari bulan 9-11.so consider la sikit kan..huhu.takkan la inchik tunang tak cuti time die kawen.sadis sungguh.tengah berfikir cara macam mana nak pujuk abah untuk tukar tarikh.harap harap dipermudahkan.InsyaAllah.

Ade lagi satu good news,my home loan has been approved.yeay!!Alhamdulillah.bila dah approved ni siap sedia la nak bayar legal fees and stamp duty.banyak kot.abis la duit kawen aku.huhu..

Rasenye sampai sini dulu la kot celoteh untuk hari ini.nanti kasi update lagi eh.

Wassalam.
-ciknora-

Friday, June 7, 2013

The M-Day!

Salam.

Tommorrow is the day!!!8.6.2013.


Wassalam.
-cik nora-

Monday, May 13, 2013

Am I Ready??

Salam,

The answer is i shud be ready!seriously i'm a bit scared but at the same time i am very excited into it.bukan senang nak buat keputusan untuk memilih apatah lagi memilih dia sebagai calon sehidup semati kan.tapi..tapi..tapi at the first place i accept the "lamaran" from his mum tu dah kira sebagai saya telah memilih dan sy patut telah bersedia.sy ade jugak pikir why it is too fast and too sudden??and i know the answer is masanye telah tiba kan..

Kite selalu bace .."orang yang baik jodohnye jugak pasti orang yang baik"..well,i know that i am not that good tapi tak salah kan kalau kita nak orang yg baik jadi pendamping hidup kita.sy pernah bace tanda-tanda dia adalah jodoh kita ialah apabila kita berasa tenang dengan dia dan mendekatkan kite dengan Allah.this is so true ok!i can feel that..dan saya harap dia pun rase mende yang sama.

Bila cakap pasal bersedia ni maknanye kita bersedia dari semua segi.saya risau jugak pasal persediaan perkahwinan tapi saya lebih risau keadaan selepas berkahwin.majlis perkahwinan tu sehari je tapi selepas berkahwin tu lama tau kalau boleh sampai mati.boleh ke saya jadi seorang isteri yang menjadi penyejuk mata suami saya?besar tanggungjawab seorang isteri tetapi besar lagi tanggungjawab seorang suami kan?saya harap kita dapat melengkapi di antara satu dengan yg lain.

Saya telah memilih.no turning back ok!saya sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa tetapkan hati saya dan tidak berbelah bagi.InsyaAllah.

p/s:majlis merisik is around the corner.18hb or 25hb?you choose..hihi.semoga majlis berjalan lancar hendaknya.

Wassalam.
-ciknora-